Monday, July 20, 2009

Madu Lebah Asli Dari Negeri Sabah

foto madu lebah asli sabah

Madu Lebah Asli merupakan salah satu produk bermutu tinggi keluaran khas Negeri Sabah yang 100% tulen, tanpa bahan pengawet atau perasa tiruan. Sumber nektarnya pula adalah daripada pelbagai jenis bunga yang ada di sekitar hutan khatulistiwa dan juga pokok-pokok tanaman seperti pokok kelapa, acacia mangium, getah, bunga-bungaan dan sebagainya.

Pada peringkat ladang, hanya madu yang matang sahaja akan dituai untuk menjaga dan mengekal keasliannya. Madu yang sudah dituai akan diproses dan dibotolkan dalam pelbagai saiz dan rekabentuk produk madu di dalam kilang pemprosesan yang khusus.

Madu lebah adalah suatu produk yang stabil dan tidak mudah rosak oleh bakteria perosak makanan. Untuk menjaga kesegarannya dan keasliannya, adalah disyorkan supaya madu disimpan di tempat yang dingin dan kering pada suhu 27°C serta haruslah tidak terdedah kepada sinaran cahaya matahari ataupun suhu yang tinggi. Madu lebah asli juga tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkan daripada berlakunya proses pembekuan ke atas madu tersebut seterusnya mengubah komposisi fizikal dan kimia madu tersebut.

Nilai Makanan dan Khasiat Perubatan:
  1. Sebagai makanan tambahan yang terbaik untuk kesihatan.
  2. Memperbaiki dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam badan.
  3. Mempertingkatkan dan melancarkan proses penghasilan tenaga.
  4. Gula dektrosa yang terdapat dalam madu lebah mudah larut dalam darah manusia tanpa melalui proses penghadaman yang normal.
  5. Gula dektrosa mempunyai kepentingan yang signifikan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit contohnya seperti ulser.
  6. Mengatasi masalah kekurangan zat-zat makanan terutama sekali pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
  7. Madu juga digunakan dalam penyediaan bahan-bahan persolekan dan kosmetik.

Pemberitahuan

Kepada sesiapa yang berminat dengan produk madu lebah asli Sabah, sila isi borang pertanyaan / pesanan yang terletak di sebelah kanan bahagian paling atas laman web ini. Ataupun anda juga boleh menghantar ke alamat email kami seperti yang tertera di bahagian sidebar kanan laman web ini. Terima kasih diatas kunjungan anda!